"Pada-Nya kunci-kunci pada yang ghaib; tiada yang mengetahuinya melainkan Dia. Dia mengetahui apa yang di darat dan laut, dan tiada sehelai daun yang jatuh melainkan Dia mengetahuinya. Tiada sebutir biji dalam kegelapan bumi, dan tiada satu benda, segar atau kering, kecuali di dalam Kitab yang jelas." (6:59)
"Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah menurunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia menaburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang memahami." (2:164)
"Atau seperti awan hujan dari langit, yang di dalamnya kegelapan, dan guruh, dan kilat. Mereka meletakkan jari-jari mereka di dalam telinga mereka terhadap bunyi petir kerana takut akan mati; dan Allah meliputi orang-orang yang tidak percaya (kafir). Kilat hampir-hampir menyambar penglihatan mereka; setiap kali ia memberi mereka cahaya, mereka berjalan di dalamnya. Dan apabila kegelapan di atas mereka, mereka berhenti; dan sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia menghilangkan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu." (2:19-20)
"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)
"Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk,
Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan,
Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit.
Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai."
(6:125)
"Dan apabila gelombang menutupi mereka seperti bayang-bayang, mereka berseru kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia telah menyelamatkan mereka ke darat, sebahagian mereka tidak bersungguh-sungguh. Dan tiada yang menyangkal ayat-ayat Kami kecuali setiap pengkhianat yang tidak berterima kasih (kafir)." (31:32)
"Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidakpercayaan kamu" (17:69)
0 komentar:
Posting Komentar